Sunday, 11 January 2015

Huruf Vokal Hangeul

Vokal / 모음 [mo-eum]

Karakter dasar Han-geul memiliki 10 buah huruf vokalatau dalam bahasa Koreanya disebut 모음 [mo-eum].
Kesepuluh huruf vokal tersebut adalah 아, 야, 어, 여, 오,요, 우, 유, 으, 이.
[Dengarkan pengucapan bunyi vokal han-geul berikut!]
karakter vokal hangul
Berdasarkan bentuk karakter dan cara penulisannya maka huruf vokal hangeul dibagi ke dalam 2 kelompok yaituvokal berdiri [vertikal] dan vokal duduk [horizontal].
  1. Vokal berdiri 아, 야, 어, 여, 이
    • Dalam satu suku kata setelah konsonan tidak dapat ditulis menurun ke bawah
    • Cara penulisan dalam satu suku kata berderet ke samping kanan
  2. Vokal duduk 오, 요, 우, 유, 으
    • Dalam satu suku kata setelah konsonan tidak dapat ditulis ke samping kanan
    • Cara penulisan dalam satu suku kata sebelum dan setelah konsonan ditulis menurun ke bawah
* Catatan: penulisan han-geul ditulis per 'suku kata'.

a


ya



  • Jenis huruf : Vokal [berdiri]
  • Bunyi : a
  • Romanisasi : / a /
  • Urutan menulis : mendatar
  • Contoh : 아이, 반장, 하나
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 아
  • Contoh : 아이
  • Contoh bunyi: awan, kaya


  • Jenis huruf : Vokal [berdiri]
  • Bunyi : ya
  • Romanisasi : / ya /
  • Urutan menulis : mendatar
  • Contoh : 이야기, 약, 뺨
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 야
  • Contoh : 이야기, 약
  • Contoh bunyi: saya,yakin


ô


yô



  • Jenis huruf : Vokal [berdiri]
  • Bunyi : o
  • Romanisasi : / ô /
  • Urutan menulis : mendatar
  • Contoh : 언제, 먹어요, 걱정
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 어
  • Contoh : 언제, 먹어요
  • Contoh bunyi: kosong, bocor


  • Jenis huruf : Vokal [berdiri]
  • Bunyi : yo
  • Romanisasi : / yô /
  • Urutan menulis : mendatar
  • Contoh : 여자, 연습, 별
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 여
  • Contoh : 여자, 연습
  • Contoh bunyi: yoga, kopyor


o


yo



  • Jenis huruf : Vokal [duduk]
  • Bunyi : ou
  • Romanisasi : / o /
  • Urutan menulis : menurun
  • Contoh : 오늘, 고기, 손자비
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 오
  • Contoh : 오늘
  • Contoh bunyi: lifebouy, tour


  • Jenis huruf : Vokal [duduk]
  • Bunyi : you
  • Romanisasi : / yo /
  • Urutan menulis : menurun
  • Contoh : 용, 해요, 학교
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 요
  • Contoh : 용, 해요
  • Contoh bunyi: youth


u


yu



  • Jenis huruf : Vokal [duduk]
  • Bunyi : u
  • Romanisasi : / u /
  • Urutan menulis : menurun
  • Contoh : 우유, 운동, 한국
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 우
  • Contoh : 우유, 운동
  • Contoh bunyi: susu, sudah


  • Jenis huruf : Vokal [duduk]
  • Bunyi : yu
  • Romanisasi : / yu /
  • Urutan menulis : menurun
  • Contoh : 우유, 윤아, 귤
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 유
  • Contoh : 우유, 윤아
  • Contoh bunyi: yuda, wahyu


i


eu



  • Jenis huruf : Vokal [berdiri]
  • Bunyi : i
  • Romanisasi : / i /
  • Urutan menulis : mendatar
  • Contoh : 이유, 비밀, 읽다
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 이
  • Contoh : 이유, 읽다
  • Contoh bunyi: ini, indah


  • Jenis huruf : Vokal [duduk]
  • Bunyi : eu
  • Romanisasi : / eu /
  • Urutan menulis : menurun
  • Contoh : 다음, 한글, 앉으세요
  • Bila ditulis berdiri sendiri : 으
  • Contoh : 다음, 앉으세요
  • Contoh bunyi: pepaya, sedang, jeruk
Catatan:
  • Penulisan huruf Vokal bisa ditulis berdiri sendiri sebagai suku kata atau digabungkan dengan huruf konsonan.
  • 아, 야, 어, 여, 오, 요, 우, 유, 이, 으, ditulis dengan ㅇ ketika berdiri sendiri atau di awalnya tidak ada konsonan selain ㅇ. Konsonan ㅇ pada posisi ini tidak berbunyi.
    Contoh:
    아이 [ai] → ㅇ tidak dibaca.
  • ㅏ,ㅑ,ㅓ,ㅕ,ㅗ,ㅛ,ㅜ,ㅠ,|,ㅡ, ditulis tanpaㅇ ketika digabungkan dengan konsonan pada awal suku kata.
    Contoh:
    가구 [ka-gu] 
  • Vokal 어 [ô] dan 여 [yô] pada romanisasi ejaan lama ditulis [eo] dan [yeo], dibaca tegas dan bentuk mulut terbuka agak lebar ketika mengucapkannya.
    Contoh:
    Lihat penjelasan huruf 어, 여 di atas.
  • Sebaliknya Vokal 오 [o] dan 요 [yo], dibaca tidak tegas dan bentuk mulut agak bulat ketika mengucapkannya.
    Contoh:
    Lihat penjelasan huruf 오, 요 di atas.
  • Vokal 으 [eu], dibaca 'eu' seperti pada kata 'embun', 'entah', 'engkau', 'euis'.
    Contoh:
    Lihat penjelasan huruf 으 di atas.
Contoh perbedaan bunyi Vokal


Butuh aplikasi KAMUS Offline KOREA?
Klik di sini ► http://goo.gl/Mg3bHI

Belajar Hangeul

Huruf Vokal dan Konsonan Hangeul

Dalam tulisan bahasa Indonesia ataupun bahasa Inggris kita menggunakan abjad atau huruf romawi. Namun dalam bahasa Korea digunakan abjad atau huruf Korea tersendiri yang disebut han-geul [한글] yang diciptakan oleh Raja Sejong sekitar tahun 1443.

Sama halnya seperti dalam abjad romawi, dalam susunan abjad han-geul juga terdiri dari huruf vokal dan konsonan. Kalau dalam abjad romawi kita mengenal 5 huruf vokal yaitu a, e, i, o dan u, dan 21 huruf konsonan, namun dalam huruf hangeul terdapat 10 huruf vokal dasar dan 14 huruf konsonan dasar.

Huruf Hangeul mempunyai 24 karakter dasar, terdiri dari 10 huruf vokal dan 14 huruf konsonan. Kemudian dari sejumlah karakter tersebut dikembangkan lagi dengan ditambahkannya 11 huruf vokal rangkap dan 16 huruf konsonan rangkap.

Berikut adalah susunan pembagian abjad hangeul:
  1. Huruf Vokal
    • Vokal dasar [10] : 아, 야, 어, 여, 오, 요, 우, 유, 이, 으.
    • Vokal rangkap [11] : 애, 얘, 에, 예, 외, 와, 왜, 워, 웨, 위, 의.

    Romanisasi Vokal Hangeul
  2. Huruf Konsonan
    • Konsonan dasar [14] : ㄱ, ㄴ, ㄷ, ㄹ, ㅁ, ㅂ, ㅅ, ㅇ, ㅈ, ㅊ, ㅋ, ㅌ, ㅍ, ㅎ.
    • Konsonan rangkap [16], terdiri dari
      • rangkap sama [5] : ㄲ, ㄸ, ㅉ, ㅃ , ㅆ.
      • rangkap beda [11] : ㄳ, ㄵ, ㄶ, ㄽ, ㄾ, ㅀ, ㅄ, ㄺ, ㄻ, ㄼ, ㄿ

    Romanisasi Konsonan Hangeul

Apa yang dimaksud Romanisasi? 

HanGeul (한글)

Sejarah Singkat Huruf Korea (HanGul)

Korea memiliki huruf tersendiri yang disebut HanGul (한글: dibaca "han-geul"), yang diciptakan oleh Raja Sejongpada masa pemerintahan dinasti Yi sekitar tahun 1443.

Awal keberadaan Hangeul banyak memperoleh tantangan dari berbagai kalangan. Banyak yang menilai bahwa huruf Hangeul adalah huruf rendahan, huruf anak kecil atau huruf kampungan. Tetapi pada masa pendudukan Jepang justru huruf Hangeul yang banyak dipakai sebagai media tulisan. Sehingga keberadaannya sangat berjasa sampai sekarang.

Baru sejak 1948 Pemerintah Republik Korea (대한민국: dibaca "tæhan min guk") menetapkan pemakaian Hangeul di sekolah-sekolah dan dokumen-dokumen resmi. Sampai saat ini di seluruh Korea sudah memakai Hangeul, namun huruf Kanji Cina (Hanja) pun masih dipakai untuk kata-kata tertentu.

Huruf Hangeul mempunyai 24 karakter dasar, terdiri dari10 huruf vokal dan 14 huruf konsonan. Kemudian dari sejumlah karakter tersebut dikembangkan lagi dengan ditambahkannya 11 huruf vokal rangkap dan 16 huruf konsonan rangkap. Baca selengkapnya... 
위대한 것을 성취하려면 행동할 뿐 아니라 꿈을 뀌야 하며 계획할 뿐 아니라 믿어야 한다.
Untuk menyelesaikan sesuatu yang besar, tidak hanya harus dengan tindakan, tetapi juga impian. Tidak hanya suatu rencana, tetapi harus percaya.
sumber
DAFTAR ISI

Belajar Bahasa Korea Online

  1. HANGEUL [Huruf Korea]
  2. BILANGAN
  3. KATA & PARTIKEL
  4. KOSA KATA
  5. KALIMAT
  6. PERCAKAPAN
  7. LATIHAN [SOAL EPS-TOPIK 2013]


Saturday, 10 January 2015

12 Sikap Isteri yang Menyejukkan Hati Suami


Saya amat yakin, semua wanita mahu menjadi penyejuk mata dan hati buat suami masing-masing.  Adakah anda tahu bagaimana caranya?
1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.

8. Suka menemani suami diwaktumakan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang suami tidak menyukainya.

11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.
apa yang anda lakukan untuk menjadi penyejuk hati suami? Jom kongsikan bersama kami di ruangan komen :)

Thursday, 8 January 2015

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W


Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.


4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.